eng
competition

Text Practice Mode

Aku seorang pendosa

created Jun 4th 2021, 07:25 by FaizMie


4


Rating

337 words
20 completed
00:00
Apa itu dosa? Aku hanya mengenal dosa itu sebagai kesalahan yang dilakukan terhadap masyarakat sehingga aku lupa akan kesalahan diri sendiri yang sudah berbakul banyaknya.  
 
Tidak kira dosa kecil mahupun dosa besar, semua aku langgar. Sehinggakan ada satu peristiwa yang menjadikan aku seorang yang ingin dan berusaha kembali ke jalan yang benar dan mencari pintu taubat selagi masih terbuka.
 
Hari Ahad yang sudah lama menjadi hari kesukaan pekerja-pekerja awam menjadi hari paling bermakna buat aku. Tatkala aku masih lena dalam tidurku pada waktu matahari yang sudah menegak di atas kepala, aku mengalami mimpi yang amat menganehkan diriku.
 
Mimpi itu seolah-olah tidak mahu aku keluar darinya. Sebaliknya aku kaku, diam dan terpaku apabila melihat satu susuk tubuh yang amat besar dan menyeramkan sambil memegang cambuk besi merah menyala yang tidak lama lagi akan singgah di tubuhku.
 
Alangkah terkejutnya aku apabila makhluk yang tidak dikenali itu melibaskan cambuk itu ke arah kakiku lalu terpisah daripada bahagian kakiku. Aku meronta-ronta seolah-olah sakit itu benar-benar berlaku di dunia nyata. Libasan seterusnya singgah pula pada tangan kiriku. Satu lagi anggota badanku terpisah daripada induknya. Kesakitan yang dialami sememangnya tidak dapat untukku pendam.
 
Aku cuba menjerit namun jeritan itu tidak didengari sesiapa dalam ruangan yang gelapnya lebih pekat daripada warna hitam. Makhluk itu memarahiku dengan berkata "Jeritlah kau puas-puas di alam baharu ini! Rasakan kesakitan yang sememangnya layak untuk kau!"
 
"Alam baharu?" soalku hairan. Ternyata itulah amaran pertama yang aku terima setelah roh aku berpisah daripada tubuh badanku. Tidak disangka-sangka tidurku itu merupakan tidur yang terakhir buatku. Rupa-rupanya hasrat aku untuk bertaubat tidak dicapai kerana ajal sudah menemuiku. Bak kata peribahasa, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.  
 
Itulah sebuah penyesalan yang tidak berpenghujung. Taubat yang sentiasa jadi mainan mulut namun tidak diamalkan menjadikan aku gagal segagal-gagalnya. Oh Tuhan! Kalau kau hidupkan aku sekali lagi, nescaya aku akan sempat taubat kepadamu. Namun, sudah termaktub dalam mesej-Nya bahawa Tuhan tidak akan sekali-kali memberi peluang kedua kepada mereka yang sudah menemui ajal. Kini, hancurlah badanku ditimpa azab yang mematikan tetapi tidak mematikan nyawaku sepanjang hayat.

saving score / loading statistics ...